Hidangan sampingan dihidangkan dengan gogigui Barbeku Korea

Hidangan sampingan pajeori (파절이), salad daun bawang

Gogigui datang dengan pelbagai banchan (hidangan sampingan), antaranya, salad daun bawang yang dipanggil pajeori dan hidangan sayur-sayuran segar seperti salad, timun, dan lada sentiasa mengiringi hidangan daging di restoran. Satu cara yang popular untuk makan barbeku Korea adalah dengan membalut daging dengan daun salad dan menambah perasa seperti - pajoeri (salad daun bawang pedas) dan ssamjang (pes pedas diperbuat daripada doenjang bercampur dengan gochujang).